Rakyat Malaysia maut nahas motosikal kuasa tinggi di Yala

Rakyat Malaysia maut nahas motosikal kuasa tinggi di Yala

MOHD. Shahizal Kamal (gambar kecil) meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan di Daerah Yaha di Wilayah Yala, Thailand petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Seorang rakyat Malaysia maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah pikap di Daerah Yaha, Wilayah Yala, kira-kira 78.6 kilometer dari sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Mohd. Shahizal Kamal, 47, yang berasal dari Pulau Pinang maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan semasa melalui sekatan jalan raya di kawasan pusat pemeriksaan pasukan keselamatan, sebelum bertembung dengan trak pikap. Mangsa dikatakan menyertai konvoi motosikal untuk melancong di Wilayah Yala.

Konsul Malaysia di Songkhla,  Sohaimi Ahmad berkata, jenazah Mohd. Shahizal dibawa pulang ke Pulau Pinang, pagi ini.

“Pejabat Konsul General Malaysia di Songkhla memudahkan urusan keluarga mangsa melintasi sempadan di Betong-Pengkalan Hulu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di Thailand supaya tidak memecut laju kerana terdapat banyak sekatan jalan raya, terutama di Selatan Thailand.

Katanya, jalan raya di Selatan Thai, terutama di wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani, sekarang sibuk dengan pikap serta lori yang membawa pelbagai barangan, khususnya buah-buahan.

“Dalam media sosial Thailand, penduduk mendakwa penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia kerap menunggang dengan laju. Terdapat banyak sekatan di pusat pemeriksaan pihak berkuasa Thailand. Jika anda tidak biasa di jalan yang dilalui, kena hati-hati, jangan laju,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN