AIA Malaysia kekal syarikat MDRT No. 1 negara 10 kali berturut-turut - Utusan Malaysia

AIA Malaysia kekal syarikat MDRT No. 1 negara 10 kali berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AIA Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecemerlangan agensi apabila sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat Million Dollar Round Table (MDRT) nombor satu di Malaysia buat kali ke-10.

Bagi tahun ini, AIA merekodkan sejumlah 827 kelayakan MDRT yang merangkumi 19 ahli ‘Top of the Table’ (TOT) serta 67 ahli ‘Court of the Table’ (COT).

Pencapaian cemerlang itu mencerminkan kekuatan AIA Group secara keseluruhan yang turut diiktiraf sebagai syarikat multinasional MDRT nombor satu dunia untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tempoh 2015 hingga 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, pengiktirafan kali ke-10 ini amat bermakna kerana ia mencerminkan dedikasi, profesionalisme, serta keprihatinan tenaga agensi syarikat yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan.

“Pencapaian ini dibina atas kepercayaan para pelanggan kami dan ia mengukuhkan lagi komitmen AIA untuk membantu mereka serta keluarga menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” katanya dalam kenyataan.

Bertemakan #1ReachesFurther, pengiktirafan tersebut turut mempamerkan impak kolektif tenaga agensi syarikat dalam membantu individu, keluarga dan komuniti di seluruh Asia membina masa depan yang lebih terjamin.

Selain mengekalkan dominasi di peringkat domestik, AIA Malaysia turut melakar kejayaan membanggakan dalam kedudukan global MDRT 2026 menerusi beberapa kategori utama.

Syarikat insurans itu berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 23 Syarikat Teratas Global pada tahun ini, selain diiktiraf sebagai antara lima syarikat terbaik dunia berdasarkan peratusan ahli yang mengekalkan tempoh keahlian selama lima hingga sembilan tahun.

Pada masa sama, AIA Malaysia berada di kedudukan 10 syarikat terbaik bagi peratusan ahli Qualifying and Life (QL), senarai 15 syarikat teratas mengikut aspek pengekalan serta tersenarai dalam kelompok 20 syarikat teratas global bagi kategori ahli wanita.

Kejayaan ini sekali gus mencerminkan pelaburan berterusan syarikat dalam aspek pembangunan profesional, pemerkasaan keupayaan digital, serta pembentukan budaya kerja yang mengutamakan pelanggan bagi meningkatkan standard industri kewangan tempatan.

MDRT merupakan penanda aras global bagi kecemerlangan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan, di mana keahliannya hanya dianugerahkan kepada profesional yang memenuhi kriteria prestasi ketat serta mematuhi standard etika yang tinggi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN