Pulih rumah pam Kemubu dahulu sebelum tanam padi lima musim

Pulih rumah pam Kemubu dahulu sebelum tanam padi lima musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cadangan melaksanakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun di Kelantan hanya mampu menjadi kenyataan sekiranya sistem pengairan di Rumah Pam Kemubu dipulihkan dan ditambah baik terlebih dahulu.

Presiden Persatuan Pesawah-pesawah Kelantan (PESAK), Zuha Ismail berkata, rumah pam berkenaan adalah nadi utama sistem pengairan negeri dan menjadi sumber bekalan air utama kepada ribuan pesawah di negeri ini.

“Perkara utama ketika ini ialah selesai terlebih dahulu sistem pengairan di Rumah Pam Kemubu.

“Selagi rumah pam itu belum berfungsi dengan sempurna, segala perancangan membangunkan infrastruktur lain seperti tali air dan sistem saliran hanya sia-sia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zuha turut mencadangkan supaya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melaksanakan proses naik taraf infrastruktur secara berfasa dan mengikut pecahan jajahan bagi memastikannya lebih tersusun.

Katanya, langkah itu secara tidak langsung mengelak kerajaan daripada terbeban dari segi kos.

“Kita faham naik taraf ini bukan perkara kecil. Ia libatkan peruntukan besar dan perancangan teliti,” katanya..

Akhbar ini pernah melaporkan, KADA memilih memberi tumpuan penuh terhadap pembangunan infrastruktur dan menaik taraf kemudahan sedia ada sebelum melangkah ke fasa penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, kejayaan penanaman dua musim setahun yang sedang dilaksanakan ketika ini perlu dijadikan asas kukuh sebelum negara bercita-cita meningkatkan bilangan musim penanaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN