Houthi ancam sasar lapangan terbang Arab Saudi

Houthi ancam sasar lapangan terbang Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa pasukan mereka berdepan ‘pesawat perang’ Arab Saudi yang cuba menghalang sebuah pesawat awam Iran daripada mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa semalam.

Kumpulan yang disokong Iran itu mengancam menyasarkan ‘lapangan terbang Arab Saudi serta kepentingan penting di darat dan laut’ sekiranya Riyadh terus melakukan pencabulan ruang udara Yemen.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, berkata penerbangan antara Sanaa dan Teheran akan diteruskan walaupun berdepan sebarang ‘kemungkinan kesannya’.

Semalam, televisyen Al Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan bahawa sebuah pesawat Iran telah tiba di Sanaa dan membawa delegasi rasmi kumpulan itu ke Tehran untuk menghadiri pengebumian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Lebih 200 pesakit turut berada dalam pesawat berkenaan sebagai penumpang lain.

Arab Saudi sebelum ini mengetuai gabungan ketenteraan yang campur tangan di Yaman pada 2015 selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran merampas ibu negara, Sanaa.

Awal Sabtu, gabungan pimpinan Arab Saudi berkata, kenyataan Houthi terhadap kerajaan itu merupakan usaha untuk ‘mengalih perhatian’ daripada apa yang disifatkan sebagai ‘pelanggaran’ kumpulan tersebut terhadap rakyat Yemen.

Ia memberi amaran akan bertindak balas dengan tegas dan menggunakan kekuatan yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap sebarang percubaan untuk menyasarkan negara itu atau mencabuli kedaulatan Yaman.

Kumpulan Houthi sebelum ini menunjukkan keupayaan peluru berpandu dan dron mereka semasa perang di Yemen melalui serangan ke atas Arab Saudi, termasuk menyasarkan kemudahan minyak serta infrastruktur penting.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN