SEREMBAN: Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program Madani Rakyat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dataran Nilai di sini dibanjiri orang ramai yang ingin mendapatkan topi keledar secara percuma. Penolong Pengarah Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sembilan, Zaitun Iffah Hamid, berkata, sebanyak 3,000 topi keledar telah disediakan sepanjang tiga hari penganjuran program berkenaan yang berakhir esok. “Sehari kami hadkan kepada 1,000 unit sahaja. Pagi kami agihkan sebanyak…










