Polis kesan ibu kandung bayi perempuan maut didera

Polis kesan ibu kandung bayi perempuan maut didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan berhubung dengan Indonesia bagi mendapatkan maklumat ibu kandung kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tindakan itu dibuat bagi mengenal pasti ibu kandung bayi berkenaan selain memaklumkan berhubung kejadian.

Katanya, semakan lanjut mendapati bayi itu telah diserahkan kepada pasangan suami isteri berkenaan oleh ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kita sudah ambil keterangan tujuh individu termasuk jiran. 

“Pasangan suami isteri juga masih ditahan reman dan sebaik kertas siasatan lengkap, kita (polis) akan hantar kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, polis memaklumkan kecederaan dan kematian bayi itu berpunca dari penderaan dan penganiayaan yang berterusan oleh ibu angkatnya sejak sebulan yang lalu.

Siasatan polis mendapati, kecederaan dialami mangsa berpunca bayi berkenaan menangis tidak henti membuatkan ibu angkat berasa tertekan lalu menganiayanya.

Hasil bedah siasatan dijalankan mendapati bahagian kepala bayi berkenaan mengalami patah tengkorak. 

Pada 30 Julai, pasangan suami isteri ditahan selepas bayi perempuan berusia tujuh bula ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kebiruan dan lebam di badan di ruang tamu rumahnya.

Susulan itu, polis menahan pasangan berusia 38 dan 50 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), manakala ibu angkat bayi itu didapati positif dadah.

Siasatan awal polis mendapati bayi itu dijaga oleh suspek sejak 18 Jun lalu selepas ibu kandungnya pulang ke Indonesia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini