Perhimpunan solidariti Zara bukan medan politik - Peguam keluarga

Perhimpunan solidariti Zara bukan medan politik – Peguam keluarga

HAMID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perhimpunan solidariti untuk pembelaan mangsa buli Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir bukan medan berpolitik untuk mana-mana pihak.

Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina, Hamid Ismail berkata, program solidariti tersebut hanya bertujuan menuntut keadilan buat Zara.

“Jika ada yang ingin berpolitik janganlah suruh datang. Soladiriti ini adalah untuk Zara, bukan untuk mana-mana parti politik.

“Tolonglah penganjur menolak individu yang ingin menyampaikan ucapan berunsur politik. Tidak bagus. Kita semua untuk Zara, bukan untuk mana-mana parti politik,” katanya ditemui pemberita selepas sebutan inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Beliau dan pasukan guaman menyatakan sokongan penuh terhadap perhimpunan solidariti tersebut, namun mereka dinasihatkan agar semua yang hadir mematuhi undang-undang serta menjaga kebersihan lokasi perhimpunan.

Hamid turut memberi peringatan tegas kepada pempengaruh media sosial supaya tidak menakut-nakutkan saksi atau menyebarkan cerita palsu berkaitan kes kematian Zara Qairina apabila terdapat pelajar enggan tampil kerana bimbang dengan ugutan netizen di media sosial.

“Saya menggalakkan orang ramai tampil kepada polis atau secara terus dengan saya. Kepada pempengaruh jangan menakut-nakutkan saksi. Kita mahukan keadilan. Dalam mencari keadilan, jangan sampai kita memfitnah atau mengugut orang lain,” katanya.

Mahkamah Koroner menetapkan pendengaran inkues kematian Zara bermula 3 September depan bagi mengenal pasti punca kematiannya sama ada terdapat unsur jenayah yang terlibat dalam kematian pelajar tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×