Peniaga Pantai Teluk Senangin mohon tapak berniaga

Peniaga Pantai Teluk Senangin mohon tapak berniaga

KUMPULAN peniaga kecil yang berniaga di bawah khemah di Teluk Senangin, Lumut Perak.-UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kira-kira 20 peniaga kecil di Pantai Teluk Senangin di sini yang berniaga di bawah khemah merayu pihak berwajib menyediakan tapak perniagaan berbumbung demi keselesaan mereka dan pengunjung pantai tersebut.

Mereka mendakwa perniagaan bawah khemah dan meletakkan barang jualan di atas meja lipat tidak selesa selain terdedah kepada risiko terkena hujan dan khemah diterbangkan angin.

Peniaga makanan, Aida Mohamad, 36, berkata, pengunjung ke pantai peranginan itu semakin meningkat semasa hujung minggu dan sepatutnya kawasan itu mempunyai kawasan perniagaan lebih tersusun dan selesa.

Katanya, meskipun lokasi perniagaan mereka di tepi pantai tersebut tidak sesuai tetapi tiada pilihan kerana tiada kawasan yang dikhaskan untuk peniaga seperti mereka.

“Sebagai tempat  peranginan, pantai ini menjadi tum­puan pelancong dan sepatutnya mempunyai kawasan perniagaan yang lengkap dan selesa.

“Selama empat tahun, kami berniaga di bawah khemah dan pelbagai cabaran kami lalui sedangkan tempat ini semakin ramai pengunjung. Khemah pernah rosak kerana diterbangkan angin kerana kawasan tersebut terletak di tepi pantai.

“Kami merayu jika boleh kami tak mahu  lagi berniaga bawah khemah, kami perlukan tapak perniagaan yang lebih selesa demi imej pantai ini dalam kalangan pengunjung ke pantai ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi peniaga, Amer Abdullah Ali, 30, mengharapkan tapak khas untuk mereka berniaga yang dilengkapi dengan binaan berbumbung yang bukan sahaja memudahkan peniaga tetapi untuk keselesaan pengunjung.

“Jika ada tapak perniagaan khas, sudah tentu pengunjung akan lebih mudah dan selesa. Sepatutnya kemudahan perniagaan disediakan di pantai ini kerana lokasi ni semakin dikenali dan semakin ramai pengunjung.

“Jika pantai ini mempunyai tapak perniagaan makanan, sudah tentu dapat menarik kedatangan pengunjung ke sini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN