Peratusan keluar mengundi tinggi penentu kemenangan PH - Utusan Malaysia

Peratusan keluar mengundi tinggi penentu kemenangan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pakatan Harapan (PH) yakin peratusan keluar mengundi yang tinggi pada 11 Julai ini akan memberikan kemenangan buat gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Justeru, Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menggesa semua pengundi di negeri ini keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi dan memberikan sokongan kepada PH.

“Kalau peratusan mengundi rendah ada sedikit susah tapi kalau tinggi kita boleh menang banyak lagi kerusi.

“Sebab itu, semua kena main peranan, telefon anak dan cucu balik mengundi kali ini,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam kutipan dana bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dan DUN Senai di Restoran Defortune, di sini malam tadi.

Sheikh Umar yang juga Pengarah Komunikasi PH Johor itu berkata, pengundi di kawasan Kulai perlu memberi sokongan kepada PH bagi memastikan gabungan tersebut memenangi semua kerusi di kawasan Parlimen tersebut.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berkata, kerajaan negeri yang baharu akan dapat dibentuk sekiranya PH memenangi jumlah kerusi mencukupi.

“PRN Johor tidak sepatutnya diadakan kerana kerajaan perlu mengeluarkan kos sehingga RM90 juta sedangkan PRN tersebut boleh diadakan serentak dengan PRU nanti.

“BN Johor mempunyai majoriti lebih dua pertiga iaitu 40 kerusi DUN dan keadaan politik adalah stabil dan kukuh tetapi DUN tetap dibubarkan hanya kerana faktor ‘rindukan’ Datuk Seri Najib Razak,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN