Pengetua, PK HEM, semua warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah

Pengetua, PK HEM, semua warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan ini diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini,” katanya hari ini.

KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat.

Dua hari lalu, sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian pelajar Zara Qairina.

Penghantaran pasukan itu adalah sebahagian daripada komitmen PDRM untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN