Rakyat keluar beraya, aliran trafik mula sesak

Rakyat keluar beraya, aliran trafik mula sesak

TRAFIK perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di beberapa kawasan tumpuan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di kedua-dua arah setakat pukul 11.54 pagi tadi.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan itu melibatkan beberapa lokasi tumpuan, terutamanya menghala ke arah utara.

Katanya, antara laluan terjejas ialah dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai serta sekitar persimpangan Bidor

“Selain itu, kesesakan turut dilaporkan dari Ipoh Selatan ke Jelapang, Jawi ke Bandar Cassia dan Permatang Pauh ke Sungai Petani Utara.

“Bagi arah selatan pula, trafik perlahan dilaporkan dari Permatang ke Juru serta Bandar Cassia ke Jawi,” katanya dalam hantaran, hari ini.

Menurut LLM, keadaan cuaca di sepanjang laluan terlibat adalah baik.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya sentiasa memberi tumpuan ketika memandu serta memastikan jarak selamat antara kenderaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×