PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pendakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh yang disifatkan sebagai satu bentuk intimidasi politik untuk menutup teguran berhubung isu kedaulatan Jalur Gemilang. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, pihaknya akan terus memberikan solidariti penuh kepada Akmal dalam menghadapi pertuduhan tersebut. “Pergerakan Pemuda UMNO bersolidariti penuh bersama Datuk Dr. Akmal Saleh dalam menghadapi ujian getir ini dan…