Pendakwaan lima remaja kes buli Zara Qairina bermula

Pendakwaan lima remaja kes buli Zara Qairina bermula

KOMPLEKS MAHKAMAH KOTA KINABALU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Prosiding pendakwaan terhadap lima remaja berkaitan kes buli yang mengakibatkan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bermula di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, pagi ini.

Prosiding yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi itu dijalankan secara tertutup mengikut peruntukan undang-undang, dengan petugas media serta orang awam diarahkan meninggalkan kawasan berhampiran bilik mahkamah.

Terdahulu, kenderaan yang membawa kesemua lima remaja terbabit tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada pukul 8.45 pagi dengan kawalan ketat pihak polis.

Pihak pendakwaan dilaporkan memasuki Mahkamah Kanak-Kanak lebih awal, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Turut hadir, pasukan peguam yang diketuai Hamid Ismail, mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina sebagai pemerhati dalam prosiding tersebut.

Hamid ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan membuat permohonan bagi menangguhkan pendakwaan.

Namun, pihak pendakwaan dan peguam tertuduh difahamkan menolak cadangan untuk menangguhkan pendakwaan tersebut.

Sementara itu, kelihatan juga pasukan peguam bela diketuai Datuk Ram Singh yang difahamkan hadir untuk mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN