Pelajar mengaku tidak bersalah rogol rakan sekolah

Pelajar mengaku tidak bersalah rogol rakan sekolah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol rakan sekolahnya dalam bilik kelas di sebuah sekolah, di sini, Mei lalu.

Remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.

Prosiding bagaimanapun dijalankan secara tertutup memandangkan tertuduh adalah pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan remaja terbabit telah melakukan rogol ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun di kelas sebuah sekolah menengah di Ampangan, kira-kira pukul 7.20 pagi, 2 Mei lalu.

Tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan mangsa tanpa kerelaan mangsa, dan pada masa itu mengetahui bahawa mangsa tidak memberikan kerelaan kerana mangsa di bawah usia 18 tahun.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, P. Rubini. Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 5 November depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN