ALOR SETAR: Himpunan Pasak yang menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengumpulkan lebih 200 peserta di Taman Rimba berdekatan Wisma Darul Aman, di sini petang tadi. Penganjur Pasak, Mohammad Haromen Zaki berkata, kehadiran peserta itu membuktikan rakyat Kedah menghargai usaha kerajaan negeri dalam menangani isu pembangunan serta bekalan air, meskipun berdepan pelbagai tohmahan. Beliau juga mendakwa, Himpunan Honggaq Kedah yang turut dianjurkan serentak berdekatan Wisma Darul…