UMNO sukar buat keputusan penting hidupkan MN

UMNO sukar buat keputusan penting hidupkan MN

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO didakwa sukar untuk membuat keputusan penting terhadap kerjasama politik dengan pihak lain kerana dibayangi pemimpin mereka yang menanggung beban besar.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, pemimpin parti itu terikat dengan rekod lalu sehingga tidak berupaya untuk menentukan hala tuju seterusnya.

“Ada orang buat kartun, dia kata jangan nyalakan api, selepas itu Jabatan Peguam Negara pula bawa keluar kenyataan tentang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

“Bila dia bercakap orang usik, inilah beban bila dilantik pemimpin yang ada beban, yang ada salah silap kerana bila nak buat satu tindakan yang berisiko orang akan ungkit (lalu) patah balik (kepada asal),” katanya selepas Perhimpunan Penjawat Awam Kedah, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu akan terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat sama setelah terdapat desakan supaya UMNO dan Pas menghidupkan semula kerjasama di bawah payung Muafakat Nasional (MN).

Tambah Muhammad Sanusi, pemimpin yang menanggung beban tidak patut dilantik lagi pada masa akan datang kerana akan merugikan negara apabila terdapat keperluan untuk membuat keputusan besar.

“Itu masalah bila negara ada pemimpin macam ini, rugilah apabila nak buat satu-satu benda. Jadi jangan lantik pemimpin yang ada beban macam itu kerana nanti ada orang usik habislah, itu tak ke peringkat antarabangsa lagi, baru dalam negara orang sebut pasal 47 (kes) habis lah, jadi rugi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN