PARLIMEN: Rafizi terima ugutan: ‘Diam, kalau tidak Aids’ - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Rafizi terima ugutan: ‘Diam, kalau tidak Aids’

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberitahu yang keluarganya telah menerima mesej ugutan daripada pihak yang tidak dikenali selepas anaknya diserang, semalam.

Katanya, mesej tersebut diterima sebanyak dua kali daripada nombor yang sama melalui WhatsApp yang berbunyi: ‘Diam, kalau tidak Aids’, pertama kali pada jam 1.12 pagi ini, sementara mesej yang kedua pada 11.02 pagi tadi dengan ayat yang sama dengan tambahan emoji picagari.

“Pada hemat saya, strateginya adalah, saya ini tidak makan saman, lokap pun sudah, sudah melalui hilang jawatan pun aku tak ambil port, jadi mereka yang terbabit merasakan lebih mudah mempengaruhi keputusan saya melalui isteri,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, anak Rafizi diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Putrajaya.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Rafizi dalam sidang media yang sama turut memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis berserta nombor telefon tersebut dan berharap siasatan akan dibuat dengan lancar.

Turut serta dalam sidang media tersebut, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) serta beberapa ahli parlimen PKR lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN