PARLIMEN: Mahkamah bergerak luar bandar diperluas

PARLIMEN: Mahkamah bergerak luar bandar diperluas

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan perkhidmatan mahkamah bergerak di kawasan luar bandar menerusi inisiatif ‘Justice on Wheels’ bagi meningkatkan akses kepada keadilan ke Semenanjung Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, inisiatif itu sebenarnya sudah pun dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

“Kita mahu memperkukuh bantuan guaman dengan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mahkamah kebanyakannya hanya ada di kawasan bandar dan pekan besar di daerah sehingga menyukarkan komuniti luar bandar mendapatkan bantuan guaman.

“Harapan kita untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu unit bergerak bagi setiap negeri, khususnya bagi kawasan luar bandar.

“Akses guaman bergerak bukan sahaja menyelesaikan kes kecil tetapi turut membantu dalam urusan pendaftaran dokumen,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu turut mendapat sokongan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu, Azalina memaklumkan Rang Undang-Undang Pembelaan Awam akan dibentangkan untuk bacaan pertama minggu depan, diikuti bacaan kedua.

Rang undang-undang yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang disemak semula itu akan menyediakan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah kepada golongan kurang berkemampuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN