PARLIMEN: Kumpulan kecil tidak perlu beri notis anjur perhimpunan - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Kumpulan kecil tidak perlu beri notis anjur perhimpunan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang aktiviti dilaksanakan secara santai dan tertib dalam kumpulan kecil tanpa memberi kesan kepada orang awam tidak tertakluk kepada keperluan pemberian notis di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Selain itu, ia tidak terpakai di bawah undang-undang itu sekiranya tidak mempunyai hasrat untuk membuat pernyataan awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Seksyen 9(1) akta berkenaan menetapkan bahawa penganjur sesuatu perhimpunan perlu memberikan notis kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis lima hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan.

Katanya, peruntukan itu terpakai sekiranya aktiviti yang dijalankan memenuhi takrifan perhimpunan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 akta sama.

“Takrif perhimpunan ialah sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat tertentu atau bergerak.

“Berdasarkan takrifan itu, sesuatu aktiviti boleh termasuk dalam maksud perhimpunan sekiranya ia dilakukan secara terancang dan terbuka kepada penyertaan umum melibatkan bilangan peserta signifikan, memberi kesan terhadap keselamatan awam, lalu lintas atau hak pengguna awam lain serta mengandungi mesej simbolik atau unsur protes terhadap sesuatu isu,” katanya.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai sama ada aktiviti membaca buku di tempat awam oleh sekumpulan pelajar termasuk dalam takrifan perhimpunan yang memerlukan notis di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN