PARLIMEN: KPM tidak lindungi mana-mana pihak berhubung kes Zara Qairina

PARLIMEN: KPM tidak lindungi mana-mana pihak berhubung kes Zara Qairina

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan, tidak melindungi mana-mana pihak dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM malah sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Dalam kes Zara yang sekarang kita tahu bahawa berkembangannya sekarang dalam siasatan polis dan pihak KPM akan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. 

“Cuma KPM ingin  menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana isu yang berkaitan dengan isu buli.

“Malah, KPM  juga tidak akan melindungi sesiapa pun seperti yang dikatakan pada semua peringkat, dan KPM telah dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis, untuk membantu segala siasatan dalam kes terbabit,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung kes Zara Qairina yang mendapat respon banyak pihak ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN