KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merekodkan sebanyak 31 kes buli dalam tempoh 11 tahun, sejak 2014 hingga 2025 di universiti awam (UA). Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kes yang dilaporkan termasuk dalam bentuk buli fizikal dan buli siber yang berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan ibu bapa. Dalam konteks UA, katanya, sekiranya pelajar terbabit dalam kes buli, mereka boleh…