KUALA LUMPUR: Seramai 112 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dalam Op Perdana yang dijalankan bermula kelmarin hingga hari ini. Dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, sebanyak 96 tangkapan di sekitar ibu negara manakala 16 lagi di Labuan. Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, hasil ujian saringan awal mendapati, kesemua individu termasuk lima wanita berusia 19 hingga 62 tahun didapati…