PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menggesa menteri atau pihak berkuasa turun sendiri membetulkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di satu lokasi tular di media sosial. Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan insiden seumpama itu terus berulang kerana kegagalan menghormati bendera kebangsaan menggambarkan sikap tidak menghormati simbol negara. “Selagi tiada tindakan tegas dan hukuman dikenakan terhadap pihak yang mempersendakan Jalur Gemilang, selagi itu simbol…