Pandangan Akmal peribadi, tapi UMNO terima pandangan

Pandangan Akmal peribadi, tapi UMNO terima pandangan

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan keras Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohamad Akmal Saleh disifatkan sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi parti.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, walau apa pun desakan dan pandangan yang dikemukakan, keputusan parti tetap akan dibuat berdasarkan konsensus serta keputusan majoriti.

Menurut beliau, kepimpinan UMNO sentiasa mengamalkan keterbukaan dalam menerima pandangan daripada semua peringkat.

“Perkara yang baiknya ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sentiasa memberi ruang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pandangan masing-masing,” katanya Ketika ditemui pemberita dalam Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Dr. Mohamad Akmal dalam ucapan meminta kepimpinan tertinggi parti meneliti kembali keputusan untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, pendirian Pemuda mungkin dilihat sebagai jalan yang tidak popular, namun ia dibuat demi kepentingan parti dalam jangka panjang.

Tambah beliau, amalan tersebut mencerminkan budaya demokrasi dalam parti dan memastikan setiap keputusan yang diambil dibuat secara kolektif demi kepentingan UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN