Patah tumbuh hilang berganti - Poay Tiong

Patah tumbuh hilang berganti – Poay Tiong

KHOO POAY TIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai reaksi keputusan Ketua Pemuda UMNO itu meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Melaka hari ini.

Ahli Parlimen Kota Melaka itu juga menyifatkan keputusan Muhamad Akmal tersebut sebagai satu lumrah.

“Patah tumbuh hilang berganti, pasang surut lumrah duniawi, terima kasih kepada Dr. Akmal atas perkhidmatan beliau sebagai Exco, selamat maju jaya dalam urusan masing-masing, ” katanya di akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu Muhamad Akmal mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu bagaimanapun menegaskan akan terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO selepas perbincangan dibuat bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sebelum ini, Poay Tiong membidas Muhamad Akmal yang mendesak agar DAP keluar daripada kerajaan Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN