Langgar prinsip Anti Lompat Parti

Langgar prinsip Anti Lompat Parti

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang enggan mengambil tindakan terhadap enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertentangan dengan prinsip undang-undang Anti Lompat Parti.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Johari seharusnya wajib melaksanakan tugas secara bebas dan berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak dan tidak seharusnya menjadi pelaksana agenda kerajaan.

Katanya, keputusan Johari masih mengklasifikasikan mereka sebagai Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak masuk akal, melangkaui realiti dan bertentangan dengan semangat sebenar akta berkenaan. 

“Kuasa yang dimiliki Yang Dipertua ketika ini perlu dihadkan. Jika tidak, ia boleh menjadi alat penyalahgunaan kuasa oleh parti pemerintah, yang jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi. 

“Walaupun beliau menikmati kekebalan dan keputusannya tidak boleh dicabar di mahkamah, tindakan enam Ahli Parlimen berkenaan yang mengkhianati PN sebenarnya bersamaan dengan melompat parti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Johari berkata, enam Ahli Parlimen itu yang diarah mengosongkan kerusi oleh parti mereka selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai anggota blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Dominic berkata, undang-undang Anti Lompat Parti sepatutnya mempertahankan keadilan serta menghormati mandat rakyat, namun kini dilihat menjadi alat kerajaan untuk mengekalkan kuasa.

Beliau berkata, jika Johari terus bertegas untuk tidak mengosongkan kerusi yang telah dikhianati, akta itu akan hilang makna dan fungsinya dalam mempertahankan demokrasi. 

“Apabila timbul perdebatan atau isu status Ahli Parlimen, Speaker yang sepatutnya neutral dan bukan menggunakan kuasanya secara muslihat untuk mempertahankan kepentingan kerajaan,”  katanya.

Katanya, Gerakan mencadangkan kepada Perikatan Nasional (PN) agar mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan ketelusan serta semangat undang-undang Anti Lompat Parti.

“Jika situasi ini berlarutan, tindakan undang-undang mungkin satu-satunya penyelesaian terbaik. 

“Hal ini kerana undang-undang Anti Lompat Parti seharusnya menghalang dan menghukum wakil rakyat yang melompat parti, bukannya menjadi permainan politik pihak tertentu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN