KKM ulangi pendirian beri komitmen penuh dalam siasatan kes Zara Qairina - Utusan Malaysia

KKM ulangi pendirian beri komitmen penuh dalam siasatan kes Zara Qairina

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia memberi jaminan komitmen penuh dalam membantu siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar tiga orang pakar patologi forensik terbaik negara, diketuai Datuk Dr. Khairul Anuar dari Hospital Serdang, bagi membantu siasatan.

“Ini adalah komitmen kami untuk mendapatkan kebenaran dan menyelesaikan kes ini. Selain itu, selebihnya kita serahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja tiga hari ke Sabah yang berakhir hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap pegawai perubatan yang tidak menjalankan proses bedah siasat awal ke atas mangsa, Dr. Dzulkefly menegaskan, KKM telah menunjukkan sokongan melalui penugasan pakar forensik bagi memastikan siasatan berjalan lancar.

“Kita bagi komitmen, itu saja yang mahu saya sebutkan,” ujarnya.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Kes tersebut kini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, susulan penemuan awal pasukan task force pada 11 Ogos lalu yang mendapati terdapat ketidakpatuhan prosedur siasatan, termasuk kegagalan pegawai penyiasat membuat permohonan untuk proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN