Ketua ‘Geng Upik’ berdepan 9 tuduhan pengubahan wang haram

Ketua ‘Geng Upik’ berdepan 9 tuduhan pengubahan wang haram

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM800,000.

Tertuduh, Datuk Maslan Sani, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal.

Mengikut pertuduhan, Maslan didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,500; RM20,000; RM175,090; RM33,990; RM4,170; RM29,900; RM284,400; RM139,700 dan RM129,200 menerusi transaksi deposit ke dalam dua akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari hingga Disember 2016 di beberapa cawangan CIMB Bank di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN