Keluarga fail saman bolehkan siasatan kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula

Keluarga fail saman bolehkan siasatan kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula

ZULQARNAIN Lukman (tengah) berbincang dengan Wan Abdul Rahman Wan Yaacob (dua dari kiri) dan isteri, Ruhani Hussin di Kota Bharu, Kelantan- UTUSAN / ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman memfailkan saman sivil bagi membolehkan siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu dibuka semula.

Writ saman sivil itu difailkan keluarga mangsa pada 29 Julai lalu menerusi Dr. Zulqarnain Lukman dari Tetuan Asri Musa & Co di Mahkamah Tinggi di sini pada 28 Julai lalu terhadap tiga pihak utama membabitkan Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara serta Pegawai Penyiasat kes.

Peguam bela, Dr Zulqarnain Lukman, berkata tindakan undang-undang itu sebagai mewakili perjuangan berterusan ibu Allahyarham, Ruhani Hussin, 70, untuk mencari kebenaran berhubung kes berkenaan.

“Ia bukan hanya demi Wan Ahmad Faris tetapi juga setiap anak yang berhak mendapat maruah dalam hidup dan keadilan selepas meninggal dunia.

“Ini berikutan Allahyarham Wan Ahmad Faris adalah seorang pelajar cemerlang, berdisiplin dan hafiz al-Quran yang meninggal dunia secara mencurigakan di asrama sekolah.

“(Dakwaan) Saksi penting dalam kes itu tidak dipanggil dan bukti utama dibiarkan. Lebih sedekad, fail kes berkenaan dibekukan tanpa tindakan tuntas. Kami berharap siasatan akan dibuka semula, termasuk memanggil saksi dan suspek disyaki terbabit kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ruhani berharap kes berkenaan akan mendapat pembelaan sewajarnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara telus.

Beliau berkata, kejadian menimpa anak sulung daripada dua beradik itu memberi kesan termasuk tekanan emosi kepadanya dan suami, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 80.

“Saya yakin kematian anak saya bukan disebabkan bunuh diri seperti yang didakwa namun sebaliknya anak saya dibunuh dan disyaki dibuli.

“Saya mahu pengadilan yang sewajarnya terhadap kematian anak lelaki tunggal kami yang juga harapan keluarga itu,” katanya.

Pada Disember 2013, mayat Wan Ahmad Faris yang juga pelajar Tingkatan Empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman di Kok Lanas.

Media sebelum ini melaporkan mayatnya dijumpai penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN