Kelantan lulus roboh 128 pangkalan haram di Sungai Golok

Kelantan lulus roboh 128 pangkalan haram di Sungai Golok

MOHD. YUSOFF MAMAT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan dan memberi kebenaran kepada  polis untuk merobohkan sebanyak 128 pangkalan haram di Sungai Golok terutama di kawasan Pengkalan Kubor, di sini dan Rantau Panjang.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah menerima surat kebenaran untuk merobohkan semua pangkalan haram di kawasan sepanjang 45 kilometer itu secara berperingkat.

Katanya, sehubungan itu, kerja-kerja merobohkan pangkalan haram itu berkemungkinan dijalankan dalam masa terdekat.

“Kerja-kerja merobohkan jeti yang ada sejak sebelum Perang Dunia itu dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kegiatan penyeludupan dan rentas sempadan berterusan. Kos untuk merobohkan satu pangkalan haram yang diperbuat daripada bahan konkrit itu menelan belanja antara RM1,500 hingga RM5,000,” katanya selepas melawat Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, pihaknya mendapati masih terdapat kegiatan rentas sempadan yang dilakukan secara haram selepas penguatkuasaan ketat di kawasan Sungai Golok bermula 1 Disember lalu.

Katanya, setakat ini, polis mengesan masih ada 20 peratus kemasukan individu ke negara ini yang melalui pangkalan haram. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN