Kedai akuarium jual piranha, alligator gar diserbu

Kedai akuarium jual piranha, alligator gar diserbu

ANTARA spesies ikan terlarang yang dirampas di sebuah premis di Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan sebuah kedai akuarium menjual dan mempamerkan ikan larangan termasuk piranha mengundang padah apabila premis itu digempur Jabatan Perikanan, semalam.

Serbuan susulan aduan orang awam itu membawa kepada rampasan pelbagai spesies ikan dengan nilai sitaan berjumlah RM18,000.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, masih ada peniaga ikan hiasan yang degil menjual dan mempamerkan spesies ikan larangan, biarpun pelbagai hebahan dan amaran telah dibuat.

“Pemeriksaan mendapati pemilik premis yang diserbu menjual, memelihara, menyimpan dan mempamer famili, genus atau spesies ikan hidup.

“Ia secara jelas melanggar Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import Bagi Ikan) (Pindaan 2024),” katanya hari ini.

Noraisyah berkata, antara spesies yang dirampas adalah tiga ekor piranha, baung Amazon (15) dan flower horn (10).

“Turut dirampas seekor alligator gar, silver dollar (45), tiger shovelnose catfish (16) dan leopard catfish (12).

“Pemilikan ikan larangan tanpa kelulusan sah akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan sewajarnya. Spesies berkenaan antaranya disenaraikan sebagai ikan yang mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik dan mendominasi perairan sungai di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN