Dibayangi pemikiran lama, punca generasi muda menjauhi UMNO

Dibayangi pemikiran lama, punca generasi muda menjauhi UMNO

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa UMNO semakin jauh daripada generasi muda kerana masih dibayangi pemikiran lama dan terus bergantung kepada pemimpin ‘kitar semula’.

Beliau yang sudah meninggalkan UMNO serta-merta pada 25 Jun lalu berkata, sebahagian pemimpin parti itu masih mengamalkan politik bawah tempurung dan sering mengaitkan mana-mana pihak yang berbeza pandangan dengan DAP.

“UMNO makin jauh daripada Gen-Z dan Gen-Alpha. Sebab itu saya kata UMNO yang sudah berusia 80 tahun patut dipimpin oleh generasi keempat UMNO, bukan pemimpin kitar semula.

“Tetapi pemimpin UMNO amat degil,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd. Puad berkata demikian selepas menerima kritikan susulan tindakannya naik pentas Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau bagi menyokong calon PKR, Dr. Maszlee Malik.

Katanya, kritikan itu datang khususnya daripada beberapa pemimpin UMNO, termasuk Setiausaha Politik Presiden UMNO, Razlan Rafii.

“Begitulah pemikiran sempit segelintir pemimpin UMNO. Masih mengamal politik bawah tempurung.

“Mereka ingat dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP maka UMNO akan dapat sokongan orang Melayu?” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Puad membuat kejutan apabila hadir buat pertama kali di pentas PH menerusi program Dialog Terbuka Belia Johor di Felda Ulu Tebrau.

Kehadiran itu selepas beliau menyatakan sokongan kepada calon PH bagi DUN Rengit, Mohamad Yazid Bakri, walaupun sebelum ini pernah menjadi antara pemimpin kanan UMNO Johor.

Mohd. Puad berkata, kehadiran ramai penduduk Felda Ulu Tebrau pada ceramah PH itu menunjukkan masyarakat Felda kini bebas dan berani membuat pendirian politik.

Katanya, kawasan tersebut sebelum ini dianggap sebagai kawasan hitam kepada pihak lawan dan kubu kuat UMNO, namun keadaan itu dilihat sudah berubah.

“Malam tadi saya hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan. Dari awal saya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. PH adalah kerajaan. BN juga adalah kerajaan.

“Maka tidak salah saya naik pentas PH. Lagi pun saya sudah keluar daripada UMNO. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN