Kapal tangki terbakar: Seorang kru warga Indonesia maut

Kapal tangki terbakar: Seorang kru warga Indonesia maut

SEBUAH kapal tangki terbakar di perairan Johor Timur, Johor petang semalam yang menyebabkan seorang kru kapal itu maut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang kru kapal warga Indonesia maut manakala empat lagi cedera dalam kebakaran sebuah kapal tangki di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri ini,  Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, aduan diterima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada pukul 9.30 malam daripada pemancing yang melalui kawasan tersebut.

Katanya, pemancing berkenaan melihat sebuah kapal tangki, MT 108 terbakar pada pukul 6 petang di kedudukan 36 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

“Sejurus aduan diterima, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan dan KM Satria diatur gerak ke lokasi kejadian yang turut dibantu aset bot, Perkasa 30 dari Zon Maritim Tanjung Sedili dan Penggalang 43 daripada Zon Maritim Mersing. 

“Hasil siasatan awal dan perkongsian maklumat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima mangsa telah dibantu dan dibawa oleh bot yang berada berhampiran ke darat. 

“Seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun telah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.  Empat lagi mangsa lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan selebihnya warga Indonesia berumur antara 31 hingga 49 tahun dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Katanya setakat ini, jumlah keseluruhan kru terlibat masih dalam siasatan MRSC Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN