Kau sudah cukup paling baik dengan mama - Danish Hakim - Utusan Malaysia

Kau sudah cukup paling baik dengan mama – Danish Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak lelaki Abby Abadi dan Norman Hakim, Danish Hakim berterima kasih kepada kakaknya, Marissa Dania yang sentiasa menjadi penghubung dan pendamai dalam keluarga.

Menerusi mesej yang dikongsikan Marissa, Danish memaklumkan bawaha Marissa merupakan adik kakak yang paling banyak menjaga hubungan baik dengan ibu mereka.

“Antara kita bertiga, kau sudah paling cukup baik dengan mama kebelakangan ini.

“Pasal keluarga, saya faham. Manusia tidak sempurna, dan yang paling penting adalah keikhlasan untuk memperbaiki diri.

“Saya tahu awak sentiasa cuba untuk jadi jambatan antara semua pihak, dan saya hargai usaha awak.

“Insya-Allah, akan ada harapan dan bahagia menanti awak. Allah maha adil,” katanya.

Hubungan Abby dan Marissa menjadi bualan di media sosial selepas beberapa perkongsian tentang kemelut keluarga mereka di muak naik.

Dalam pada itu Marissa, yang menjawab pertanyaan netizen menolak meminggirkan ibunya, dan melebihkan bapanya sertai ibu tirinya iaitu Memey Suhaiza dalam segala hal.

“Saya tidak ketepikan mama. Kalau pasa hal personal saya tak ada kongsi dengan sesiapa melainkan mereka bertanya.

“Dan saya tak mahu apa yang saya kongsi, dikongsi balik di media sosial,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN