MELAKA: Umat Islam dinasihatkan tidak menyalahgunakan doa Qunut Nazilah dengan lafaz yang tidak beradab atau berunsur penghinaan, terutamanya dalam majlis-majlis umum yang berkait dengan politik. Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, doa adalah satu bentuk ibadah yang agung dan tidak sewajarnya digunakan untuk mencaci atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak meskipun berbeza fahaman politik. “Doa dalam Islam adalah senjata mukmin untuk memohon rahmat, keselamatan dan pertolongan daripada Allah SWT, ia…










