TUARAN: Jambatan Sungai Damit, di sini, yang diluluskan pembinaannya 2017 akan dibina semula dengan kos RM30 juta selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun ini. Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kemudahan yang sudah ada itu didapati tidak selamat digunakan. “Jambatan Pekan Tuaran-Sungai Damit bernilai RM18 juta itu didapati tidak selamat digunakan, bakal dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan kemudahan baharu. “Pembinaan semula kemudahan itu dilaksanakan selepas kelulusan…