KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor mempersoalkan percanggahan maklumat awal berhubung waktu kematian anaknya pada 28 Julai lalu. Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, pada hari kejadian, dia dihubungi seorang jurulatih PALAPES memberitahu anaknya dimasukkan ke Unit Kecemasan (ICU) Hospital Kota Tinggi kerana meracau atau sawan pada pukul 4.04 petang. Dakwanya, dia kemudian menerima panggilan…










