Helikopter PUTD perlu dilengkapi winching, underslung

Helikopter PUTD perlu dilengkapi winching, underslung

IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perolehan helikopter untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) perlu  menepati keperluan operasi sebenar Tentera Darat termasuk winching dan underslung

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, keperluan itu adalah penting bagi menampung keperluan asas operasi.

“Baru-baru ini pihak Tentera Darat baru selesai melaksanakan latihan bersama Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Tentera Australia menerusi eksesais Keris Strike dari 17 hingga 29 Julai lalu yang mempamerkan secara jelas keperluann taktikal untuk mengangkut meriam secara underslung dan tindakan winching anggota yang tercedera dalam simulasi pertempuran. 

“Justeru, saya menyokong tindakan Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan keupayaan helikopter medium-lift bersifat tempur serta mencari dan menyelamat tempur (CSAR) ini seberapa segera,” katanya kepada Utusan Malaysia

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan sudah membuka tender untuk penyewaan empat helikopter yang akan ditutup September ini. 

Tender berkenaan dibuka semula berikutan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat sebelum ini yang gagal disediakan mengikut tempoh ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN