Hasrat Perak beraksi di Ipoh tercapai - Utusan Malaysia

Hasrat Perak beraksi di Ipoh tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hasrat Perak FA untuk beraksi di Ipoh dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 tercapai apabila akan mula bermain di Kompleks Bola Sepak Perak di Chepor di sini pada pertemuan dengan Perlis esok.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, Perak beraksi Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) iaitu ketika aksi sulung liga menentang UM-Damansara United diikuti Kedah FA.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Azhar Jamaluddin mengesahkan Perak akan beraksi di Chepor mulai esok.

“Kali ini kami akan bermain di Ipoh. Tidak perlu buat perjalanan ke Manjung seperti dua perlawanan lalu.

“Saya rasa pemain selesa dengan keadaan ini. Kita berharap pemain mengusahakan kemenangan esok,” katanya.

Menurut Azhar,  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah meluluskan penggunaan padang kompleks tersebut sebagai gelanggang perlawanan.

Katanya, tidak banyak kerja-kerja menaik taraf perlu dilakukan terhadap padang di kompleks tersebut.

“Tidak perlu naik taraf. Jika hendak stadium yang bagus,  kalau buat ubah suai lebih baik tapi kena cari peruntukan dahulu. Itu langkah berikutnya,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN