Gempa bumi Segamat: Doa selamat, solat hajat di semua masjid dan surau Johor

Gempa bumi Segamat: Doa selamat, solat hajat di semua masjid dan surau Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Semua masjid dan surau di negeri ini disaran untuk mengadakan doa selamat dan solat hajat ekoran kejadian bencana gempa bumi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, doa selamat dan solat hajat itu diadakan bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan negeri Johor.

“Berikutan gempa kecil di Daerah Segamat, saya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid dan surau bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan Negeri Johor Darul Ta’zim.

“Semoga Allah memelihara keselamatan kita semua,” tulisnya dalam hantaran facebook rasmi miliknya hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kejadian gempa bumi pertama direkodkan berlaku pada pukul 6.13 pagi berukuran 4.1 magnitud dari pusat bandar Segamat manakala kejadian kedua pula dicatatkan berlaku pada pukul 9 pagi di Barat Laut Kluang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×