GBC: Lima perkara disepakati Kemboja-Thailand

GBC: Lima perkara disepakati Kemboja-Thailand

NATTAPHON NARKPHANIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dengan Kemboja berjaya mencapai kata sepakat menerusi lima perkara termasuk persetujuan memantau proses gencatan senjata yang ketat, membabitkan semua jenis serangan dan senjata.

Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit berkata, kedua-dua negara juga akan mengekalkan kedudukan tentera semasa seperti pada tarikh gencatan senjata, tanpa sebarang penambahan tentera.

Katanya, sebuah pasukan pemerhati sementara akan ditempatkan bagi memantau kawasan terbabit secara berkala tanpa melintasi sempadan dan akan berkoordinasi rapat dengan Jawatankuasa Sempadan Bersenjata (ABC) dan GBC setiap negara.

“Penubuhan pasukan pemerhati ini membabitkan atase tentera ASEAN yang berpangkalan di Thailand dan Kemboja dan akan diketuai oleh penolong atase tentera Malaysia.

“Ini adalah untuk memastikan tiada pihak yang melanggar gencatan senjata,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhirnya Mesyuarat GBC di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN