Eda Ezrin dibenar pulang suami, tiga rakan ditahan

Eda Ezrin dibenar pulang suami, tiga rakan ditahan

eda ezrin
ENAM rakyat Malaysia termasuk Eda Ezrin tiba di Depot Imigresen Sungai Golok, Thailand semalam untuk dokumentasi imigresen sebelum dibenarkan pulang.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Pihak berkuasa Thailand membenarkan penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin dan rakannya, Nur Aida Mamat pulang ke Malaysia selepas dibebaskan sepenuhnya daripada Penjara Wilayah Narathiwat di sini kelmarin.

Namun suami Eda Ezrin dan tiga lagi rakannya perlu bermalam di Depot Tahanan Imigresen Sungai Golok untuk melengkapkan proses dokumentasi pembebasan mereka.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok berkata, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan rakannya itu dibenarkan pulang selepas melengkapkan proses dokumentasi.

Sementara suami Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35; Mohamad Alif Deraman (suami Nur Aida), Eridieka Mohd. Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di pejabat berkenaan.

Menurutnya, keempat-empat mereka masih belum melengkapkan beberapa dokumentasi di pejabat imigresen sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

“Penyanyi Eda Ezrin dan Aida dibenarkan pulang ke Kelantan malam ini. Empat lagi rakyat Malaysia pula perlu melengkapkan beberapa dokumentasi lagi.

“Jadi, hanya dua rakyat Malaysia boleh pulang hari ini,” katanya ditemui pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, Eda Ezrin, suami serta empat lagi rakan mereka tiba di Depot Imigresen menaiki trak pikap pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Kelmarin, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan sepenuhnya Eda Ezrin, suami bersama empat rakan mereka selepas ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam semalam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengesahkan akan memanggil Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan mereka untuk memberi kete­rangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN