Eda Ezrin balik Malaysia hari ini?

Eda Ezrin balik Malaysia hari ini?

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, suami bersama empat rakan yang dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini semalam dijangka akan pulang ke Malaysia hari ini.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Terdahulu mereka dibawa ke Balai Polis Wilayah Narathiwat untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa ke Sungai Golok seterusnya pulang ke Malaysia.

Selepas pulang ke tanah air, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kesemua mereka untuk memberi keterangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Wilayah Narathiwat, Kolonel Polis Poonsak Keawseekhao berkata, urusan dokumentasi akan dibuat di Sungai Golok.

“Polis akan menyerahkan enam rakyat Malaysia itu kepada imigresen Sungai Golok untuk proses dokumentasi.

“Kami akan menyemak dokumen perjalanan mereka termasuk pasport sebelum membenarkan mereka memasuki semula Malaysia.

“Mereka yang tiada dokumen perjalanan akan diminta menunggu di pejabat imigresen dahulu. Kami akan meminta pejabat Konsul General Malaysia di Songkhla untuk mengeluarkan surat perjalanan sementara,” katanya.

Mengulas lanjut, Poonsak memberitahu, kemungkinan enam rakyat Malaysia itu akan disenaraihitam daripada memasuki Thailand, beliau berkata perkara itu terkandung dalam undang-undang.

“Ya. Mereka akan disenaraihitamkan. Tapi saya perlu menyemak undang-undang terlebih dahulu berapa lama mereka akan disenaraihitamkan,” katanya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.

Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

Pada 2 November lalu, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat.

 

Tetapkan imej terencana

KENDERAAN bersiap sedia untuk membawa Eda Ezrin, suami dan empat rakan keluar dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand. – UTUSAN/RAZALI ZAKARIA

Difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN