Eda Ezrin trauma ke Thailand selepas 9 bulan dipenjara

Eda Ezrin trauma ke Thailand selepas 9 bulan dipenjara

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tempoh sembilan bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand mengajar penyanyi, Eda Ezrin erti sahabat sejati.

Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, berkata, selepas bebas daripada penjara pada 6 Ogos lalu dia akan lebih berhati-hati untuk mempercayai kawan.

“Hendak cari kawan memang ramai, namun mencari sahabat sejati adalah perkara paling susah. Apabila kita berada di penjara, baru kita sedar siapa kawan atau siapa sahabat.

“Apabila kita berada di fasa terendah, tiada kawan yang datang melawat. Bermula dari situ, saya belajar, biar kawan sedikit, janji berkualiti.

“Malah, apa yang berlaku sehingga berada di penjara pun disebabkan kawan atas kawan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Eda Ezrin memberitahu, sehingga kini dia masih trauma untuk menjejakkan kaki ke Thailand selepas berdepan ujian berat yang memberikan kesan dalam hidupnya itu.

Katanya, walaupun sudah kembali ke pangkuan keluarga, perasaan trauma itu tetap wujud.

“Saya tidak akan pergi melancong atau terima tawaran buat persembahan di negara jiran itu dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Selepas lebih sembilan bulan berada di sebalik tirai besi, ia meninggalkan trauma yang sa­ngat besar buat diri saya.

“Sebelum ini pun, setiap kali ke Thailand, terutama Wilayah Narathiwat, saya hanya pergi untuk membuat persembahan, bukan melancong,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan daripada Penjara Pusat Na­rathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN