“Dia kerat anak makcik macam seekor ayam”

“Dia kerat anak makcik macam seekor ayam”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Dia (tertuduh) kerat anak makcik macam seekor ayam. Makcik tidak akan maafkan dia sampai akhirat”.

Demikian luah Fatimah Latiff, 60, sebaik Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan terhadap bekas menantunya, Shahrul Nizam Zuraimy, 36, selepas didapati bersalah membunuh isteri dan anak lelaki tirinya, enam tahun lalu.

Fatimah kehilangan anak bongsu, Norfazera Bidin, 27, dan cucunya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11, selepas menjadi mangsa pembunuhan kejam suami dan bapa tiri sendiri dengan anggota tubuh mangsa dikerat beberapa bahagian sebelum dibuang.

Katanya, sehingga hari ini bahagian tangan anak dan cucunya masih belum ditemui dan terpaksa dikebumikan dalam keadaan tidak cukup sifat.

“Naluri seorang ibu sedih melihat keadaan anak begitu. Sampai ke hari ini tangan anak dan cucu makcik masih belum jumpa.

“Ini (tertuduh) bukan manusia, binatang pun sayangkan anak. Walaupun hakim telah menjatuhkan hukuman tetapi makcik tidak akan maafkan orang seperti itu sampai akhirat sebab banyak nyawa hilang macam itu saja,” katanya ditemui pemberita di selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini.

Terdahulu, Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Nizam atas kesalahan membunuh isteri dan anak lelaki tirinya di sebuah rumah bernombor di Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, dalam daerah Melaka Tengah di sini antara pukul 6 petang pada 6 Oktober dan 7.30 pagi 7 Oktober 2019.

Sebelum ini, media melaporkan, mayat dua beranak itu dicampak di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong sementara bahagian kepala ditemukan di siling rumah mangsa.

Sementara itu, kakak mangsa, Norhafizah Bidin, 39, berkata, keluarganya melalui peguam akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN