SEREMBAN: Semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya menghormati struktur dan kepimpinan parti sebelum membuat sebarang cadangan terutama berkaitan berdepan pilihan raya akan datang. Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan, masih terlalu awal untuk pemimpin parti membuat sebarang keputusan sama ada PH patut bertanding bersendirian atau tidak pada pilihan raya umum akan datang. “Masa masih panjang. Sekarang bukan masa untuk berpolitik, tetapi masa untuk bekerja dan…