PUTRAJAYA: Tingkah laku yang bertujuan untuk menakut-nakutkan, merendahkan pilihan atau latar belakang individu, memberi beban tugas yang banyak dengan sengaja, merosakkan reputasi, menggugat kedudukan, maruah dan status individu dianggap sebagai perbuatan buli dalam kalangan warga kerja Kementerian Kesihatan. Perkara itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja yang dilancarkan kementerian tersebut semalam. Kementerian Kesihatan (KKM) turut menggariskan jenis-jenis perbuatan yang boleh dianggap buli di tempat warga KKM bertugas…