PARLIMEN: Elaun perpindahan pegawai perubatan lantikan tetap bagi 2025 diluluskan

PARLIMEN: Elaun perpindahan pegawai perubatan lantikan tetap bagi 2025 diluluskan

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah meluluskan pemberian elaun pertukaran dan perpindahan kepada pegawai lantikan kontrak termasuk pegawai perubatan yang menerima tawaran lantikan tetap bagi 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian elaun itu diharap dapat membantu pegawai perubatan berpindah serta menyesuaikan diri di tempat baharu.

Beliau turut mengulas berhubung isu sumber manusia khususnya kekurangan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Katanya, sehingga 31 Disember 2025, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menempatkan seramai 1,046 pegawai perubatan kontrak termasuk Pegawai Perubatan Siswazah di Sabah dan 950 orang di Sarawak bagi menampung keperluan tambahan.

“KKM mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik tetap memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sabah atau Sarawak menerusi sistem e-penempatan 2.0 yang dilaksanakan mulai tahun lalu.

“Pada masa sama, KKM menetapkan kuota penempatan pegawai perubatan lantikan tetap sebanyak 650 di Sarawak dan 310 di Sabah,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat, hari ini.

Dzulkefly berkata, jumlah kuota itu bersamaan 42.7 peratus daripada keseluruhan 2,248 kuota penempatan yang ditetapkan.

“KKM turut menetapkan merit bagi permohonan kemudahan cuti belajar dengan penajaan biasiswa antara lima hingga 10 peratus kepada calon yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan pedalaman.

“Merit yang ditetapkan itu juga merupakan pemberat tambahan dalam skala pemarkahan calon,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN