Bedah siasat Zara Qairina masih belum selesai

Bedah siasat Zara Qairina masih belum selesai

ORANG ramai turut menunggu proses bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.-UTUSAN/ALLEN MAJAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir dijangka selesai dalam tempoh satu hingga dua jam lagi.

Peguam keluarga, Hamid Ismail bagaimanapun berharap proses tersebut dapat selesai lebih awal lagi.

“Ia masih dijalankan, tetapi kami harap lebih awal siap. Insya-allah, selesai dalam petang ini,”katanya kepada pemberita di luar Hospital Queen Elizabeth di sini.

Hamid juga mengesahkan jenazah akan dibawa ke perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Mesapol, Sipitang, untuk dikubur semula pada hari ini selepas proses bedah siasat.

“Kalau malam, malam lah akan dihantar,” katanya.

Katanya, pakar-pakar yang terlibat sedang giat menjalankan proses bedah siasat tanpa rehat, dan proses difahamkan berjalan dengan lancar.

Tambahnya lagi, antara yang berada di dalam bilik menunggu ialah ibu, adik dan abang arwah Zara Qairina.

Sementara itu, selain menjawab persoalan media, Hamid turut dilihat melayan pertanyaan daripada orang ramai yang turut berada di kawasan hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN