Beberapa suspek kes Zara Qairina akan didakwa

Beberapa suspek kes Zara Qairina akan didakwa – AGC

ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menuduh beberapa orang suspek terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berdasarkan keterangan yang ada.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, perkara itu diambil kira setelah pihaknya meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×